(TAHNIAH)Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7


Malam semalam telah pun berlangsung final Raja Lawak 7. 4 kumpulan iaitu Wala, Gamat, Sakan dan Bora telah bertarung untuk merebut gelaran juara program realiti lawak nombor 1 di Malaysia ini. Akhirnya kumpulan Wala telah pun dinobatkan sebagai juara.

Wala yang berasal dari Sabah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi. Di tempat kedua ialah kumpulan Sakan (bawa pulang RM50,000 dan trofi), tempat ketiga ialah kumpulan Bora (bawa pulang RM30,000 dan trofi) dan di tempat terakhir ialah kumpulan Gamat yang membawa pulang RM10,000 dan trofi.

Secara jujur, kehadiran Isma Alif sebagai juri yang merapu meraban menyebabkan kami hilang mood untuk menonton Raja Lawak musim ke 7 ini. Mungkin tahun depan pemilihan juri harus diadakan secara lebih teliti. Apa pun jutaan tahniah diucapkan kepada Wala atas kejayaan ini. Semoga bintang anda terus bersinar di masa hadapan.


0 comments: