MISTERI LELAKI PELIK MEMILIKI DUA WAJAH!


Kejadian aneh ini terjadi pada abad ke-19, Lelaki yang mempunyai dua wajah ini bernama Edward Mordake, satu di bahagian depan sebagai mana layaknya manusia pada umumnya dan satu lagi berada di belakang.

Wajah bahagian depan berfungsi normal sedangkan wajah bahagian belakang walaupun secara struktur wajah lengkap seperti wajah yang lain, tapi hanya boleh tersenyum tidak boleh bercakap ataupun makan.

Edward hidup dilahirkan dalam sebuah keluarga keturunan bangsawan Bangsawan Inggeris. Keluarganya sangat menyayanginya, mengasuh dan menjaga dengan penuh cinta sayang, namun satu perkara yang kelihatan selalu mengganggu fikirannya adalah satu wajah yang melekat pada kepala bahagian belakangnya.

Tidak ada rekod perubatan yang lengkap pada waktu itu kerana terbatasnya tekhnologi pada zamannya, namun semua catatan menyebutkan satu hal yang sama bahawa Edward adalah seorang pemuda yang menawan dengan keperibadian yang mulia.

Namun ketampanan itu hanya terlihat dari depan, ketika dia membalikkan tubuhnya wajah muram dan menakutkan.

Beberapa kisah lain menyebutkan bahawa wajah kedua Edward adalah seorang gadis cantik, tetapi para saintis membantah soal itu kerana kembar parasit selalu mempunyai jantina yang sama.


Cerita lain menyebutkan juga bahawa wajah kedua Edward adalah wajah Iblis yang selalu memanggil syaitan dan kejahatan.


0 comments: