Takkan Nak Pakai Baju Kelawar Pula Kan? – Fida Ibrahim


Amboi. Pandai juga si Fida Ibrahim ini buat kelakar. Agak funny juga ayat gurauan manjanya apabila diminta memberi respon tentang isu pakaian ketatnya yang mengundang kritikan peminat. Menurut Fida, dia ialah duta bagi produk pelangsingan tersebut dan pastinya baju ketat tersebut dipakai untuk membuktikan keberkesanan.

Kata Fida:-

    “Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya.

    Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan pembaca

    Lagipun saya duta produk pelansingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…?


Kalau Fida kongsikan gambar pakai baju kelawar, Kami yakin akan lebih viral gambar tersebut. Tak pernah lagi rasanya setakat ini mana-mana selebriti wanita berbuat demikian. Hehehe. Apa-apa pun Fida, kalau bolehlah janganlah ketat sangat baju tue. Rasanya semua orang tahu Fida memang kurus. Kalau boleh, janganlah tunjuk sangat. Tak sesuai dengan imej wanita bertudung anda. Tak gitu?


0 comments: