Julfekar Sindir Farawahida Menerusi Status Facebook?


Hujung minggu selain menghadiri jemputan kahwin, pasti Kami tidak akan melepaskan peluang untuk membaca sisipan BiPop dalam Berita Harian. Memang banyak kisah-kisah menarik dunia hiburan. Salah satu yang menarik perhatian Kami ialah tulisan Raja Nurfatimah yang bertajuk “Julfekar, Farawahida masih bermusuh?”.

Kalau anda tidak tahu, sebelum ini Farawahida pernah membuat laporan polis apabila Julfekar mengugut untuk menyebarkan gambar dan video lucah miliknya. Namun itu semua kisah lama. Farawahida pun dah nak kahwin dah tak lama lagi. Peliknya ada status Facebook yang dikemaskini oleh Julfekar yang seolah-olah menyindir Farawahida.


Hmmm. Menurut Raja Nurfatimah, walaupun nama si LUNYAI tersebut tidak ditulis oleh Julfekar, orang dalam industri hiburan dapat mengagak ia ditujukan kepada Farawahida. Tak tahulah betul atau tidak. Kami suka dengan pesanan Raja Nurfatimah, tak perlulah berdendam-dendam. Semua orang pun dah bahagia dengan hidup masing-masing. Julfekar pun dah ada kekasih baru. Benda yang lepas, janganlah dikenang.


0 comments: