Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin
Sehingga ke hari ini, masih belum ada khabar gembira daripada Datuk Siti Nurhaliza mengenai kehamilannya. Masih belum ada rezeki untuk Siti bergelar seorang ibu. Apa pun Kami sangat terharu apabila mengetahui beliau bercadang untuk mengambil 2 orang anak angkat Palestin untuk meringankan kesusahan mereka. Respek!!!
Ditanya mengenai perancangan tersebut, Siti berkata:-
Ya… saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat. Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana. Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu.
Walaupun tidak akan menjaga anak angkat Palestinnya, kami gembira dengan langkah yang diambil oleh Siti Nurhaliza ini. Ada beberapa cerita yang Kami dengar mengenai ketidakhamilan selepas beberapa tahun berkahwin, tup-tup mereka ambil anak angkat dan terus hamil selepas itu. Semoga Siti jua akan mendapat berita gembira seumpama itu kelak. Sama-samalah kita doakan
0 comments: